“Anak Mereka Sangat..” – Ingin Berkahwin, Daesung BIGBANG Akui Cemburu Akan Kehidupan Taeyang

8 Mar 2024 • 10:43 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Dae-sung mendedahkan keinginannya untuk berkahwin.

Pada 7 Mac, Dae-sung BIG BANG telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan YouTube yang dihoskan oleh Hong Jin-kyung. Di mana, dia telah bercerita mengenai kehidupannya serta keluarga kecil Tae-yang.

Katanya,

Ramai rakan-rakan saya yang sudah berkahwin dan saya juga kalau boleh nak kahwin sebelum masuk umur 40 tahun. Ianya kerana saya rasa yang saya akan jadi lebih bahagia jika mempunyai keluarga sendiri.

Tambahnya,

Orang-orang disekeliling saya juga sangat menggalakkan saya untuk berkahwin, terutamanya Tae-yang. Dia selalu buat saya cemburu bila dia kata yang kehidupan dia kini sangat bahagia.

image is not available

Sambungnya lagi,

Mereka juga sudah mempunyai anak lelaki, dan sejujurnya anak Tae-yang sangat comel. Dia mewarisi sifat kelakian Tae-yang dan mempunyai kecantikan macam ibunya, Min Hyo-rin.

Umur Dae-sung pun dah sesuai sangat kalau nak berkahwin kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article