Anak Muda Sarawak Ini Jadi Atlet Malaysia Pertama Layak Ke Olimpik Paris 2024

23 Jul 2023 • 2:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tahniah diucapkan.

Anak Muda Sarawak Ini Jadi Atlet Malaysia Pertama Layak Ke Olimpik Paris 2024. Hanya berusia 18 tahun, Bertrand Rhodict telah menempah namanya ke Sukan Olimpik Paris 2024 menjadikan dirinya atlet Malaysia pertama mewakili negara.

Bertrand yang merupakan atlet penerjun itu telah berjaya ke Olimpik Paris 2024 setelah berjaya melangkah ke pentas final 10 meter (m) platform lelaki pada Kejohanan Akuatik Dunia, 2023.

image is not available
Anak Muda Sarawak Ini Jadi Atlet Malaysia Pertama Layak Ke Olimpik Paris 2024. Kredit foto: FB Malaysian Swimming Federation

Layak ke Sukan Olimpik Paris

Pada saingan di Fukuoka Prefectural Pool, Jepun itu, Bertrand berjaya menamatkan saingan separuh akhir dengan merekodkan 420.70 mata untuk berada pada kedudukan ke-10 daripada 18 peserta.

Kejayaan berkenaan lalu menempatkan dirinya dalam syarat kelayakan iaitu kelompok 12 terbaik di peringkat separuh akhir sekaligus layak ke Paris.

image is not available
Kredit foto: Berita Harian

Sebelum ini pernah mendapat pingat emas pada Sukan Malaysia 2022

Bertrand Rhodict Anak Lises sebelum ini pernah mendapat pingat emas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil pada tahun lepas.

Pencapaian atlet penerjun dari Sarawak ini telah membuat orang ramai berasa bangga dengan pencapaian atlet Malaysia yang telah berjaya menempah nama di Sukan Olimpik pada tahun hadapan.

Semoga maju jaya diucapkan kepada Bertrand Rhodict!

Lagi berita terkini untuk anda di sini: