Anak Najib harap perjuangan pembebasan ayahnya diteruskan

Politics
8 Jun 2023 • 5:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamad Nizar

KUALA LUMPUR - Keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengharapkan momentum perjuangan bagi pembebasan ayahnya diteruskan dan tidak terhenti.

Datuk Mohamad Nizar Najib berkata, mereka sekeluarga yakin UMNO masih memperjuangkan nasib bekas ahli Parlimen Pekan itu.

“Kita yakin beliau tak bersalah dan dianiayai. Saya harap segala usaha yang dibuat untuk membelanya tidak dihentikan.

“Saya berterima kasih kepada pemimpin UMNO yang telah melakukan usaha menyuarakan dan membuat gerakan supaya beliau dapat pembelaan secukupnya namun saya berharap momentum itu tidak akan terhenti ataupun menjadi perlahan.

“Usaha itu perlu dilipatgandakan agar ayah dapat dibebaskan dalam masa terdekat, itu harapan daripada keluarga,” katanya ketika ditemui di Laman Media, Pusat Dagangan Dunia, di sini pada Khamis.

Ketika ditanya perasaannya menerima Anugerah Tokoh Pemuda 2023 bagi pihak ayahnya pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia pada Khamis, Mohamad Nizar mengakui sebak dengan penghargaan yang diberikan.

“Kami berdua (beliau dan Datuk Mohd Nazifuddin Najib) sebak dengan penghargaan yang diberikan oleh Pemuda UMNO.

“Semasa memberi anugerah itu, Ketua Pemuda (Dr Muhamad Akmal Saleh) beritahu saya, jangan risau dan mereka akan berjuang untuk najib buat ‘come back’.

“Sebagai anak, sudah tentu saya menghargai segala usaha terutama sekali olah UMNO untuk membela ayahanda yang masih menjalani hukuman di Penjara Kajang,” katanya.

Pada 7 April lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan UMNO akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh kepada Najib.

Menurutnya, Seri Paduka mempunyai kuasa berdasarkan Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi pengampunan penuh kepada Najib berdasarkan ihsan Baginda.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved