Anak Pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor Meninggal Dunia

LocalFootball
19 Jan 2025 • 12:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Anak Pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor Meninggal Dunia

Anak perempuan kedua kepada pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor, Maira Maliyqa Muhammad Nazmi Faiz menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.55 pagi tadi.

Memetik Stadium Astro, perkara itu disahkan sendiri oleh pemain kebangsaan itu menerusi Instagram Story di akaun rasmi miliknya.

image is not available
Gambar: Instagram Nazmi Faiz Mansor

Nazmi dalam kenyataan tersebut memohon orang ramai mendoakan Al Fatihah buat anak perempuannya.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 31 tahun itu tidak mendedahkan sebab pemergian puteri keduanya.

Al- Fatihah.