Anak Perempuan Rahmad Mega Meninggal Dunia

LocalFamily & Parenting
22 Jun 2025 • 5:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Anak Perempuan Rahmad Mega Meninggal Dunia

Anak kepada penyanyi rock terkenal tanah air, Rahmad Tohak, atau lebih dikenali sebagai Rahmad Mega, iaitu Nur Ara Elisya, 15, telah menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Rahmad menerusi akaun peribadinya di laman sosial Thread.

Difahamkan, Nur Ara Elisya merupakan anak istimewa yang tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

Pada Februari lalu, media melaporkan bahawa Nur Ara Elisya telah menjalani pembedahan tulang belakang (spinal) untuk meluruskan tulang belakang yang membengkok 140 darjah.

Keadaan itu difahamkan berpunca daripada sindrom Prader Willi, iaitu sejenis penyakit genetik yang jarang berlaku.

Sindrom tersebut dialami sejak lahir dan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuk gangguan fizikal, mental dan tingkah laku.

Untuk makluman, Nur Ara Elisya ialah anak hasil perkahwinan Rahmad Mega dengan pelakon Ainina Ahmad B.

Sumber: Rahmad Mega