Anak ‘Picky Eater’ Sampai Mak Pun Dah Jadi Hulk? Jom Amalkan Tips Mudah Ini!

Family & Parenting
26 Jun 2022 • 11:16 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bergelar seorang ibu, pasti inginkan yang terbaik buat anak-anak tidak kiralah dari segi fizikal ataupun mental.

Seringkali kita mendengar ibu bapa yang mempunyai masalah anak memilih makanan ‘picky eater’ sehingga ada yang menyalahkan diri masing-masing kerana dianggap tidak pandai menjaga anak dan sebagainya.

Namun jangan risau, anda boleh mengamalkan tips ini bagi mengembalikan ‘mood’ makan anak anda.

1. Pelbagaikan hidangan makanan untuk anak anda

Cuba variasikan jenis makanan seperti masak stim, bbq, sup, gorengan misalnya pada setiap hari.

image is not available

Sumber : vocafay - Fotolia  

Lengkapkan masakan dengan nutrien dan khasiat yang sebaiknya agar anak anda tidak terlalu manja memilih makanan di kemudian hari.

2. Jadikan mood ketika makan lebih menyeronokkan

Tutup TV ataupun sebarang gajet dan duduk bersama anak ketika sesi makan.

image is not available

Sumber : Google  

Luangkan masa dan fokus dengan kehendak mereka selain jangan menciptakan tekanan seperti tabiat memarahi anak ketika waktu makan.

Manfaatkan waktu ini dengan memantau khasiat seimbang dan berkhasiat dalam masakan yang diberikan untuk anak.

3. Kurangkan membeli jajan dan makanan ringan untuk anak

Kandungan garam dan gula yang tinggi dalam snek ringan pastinya akan membuatkan anak enggan untuk memakan makanan berkhasiat seperti sayur dan buah-buahan.

image is not available

Sumber : Google  

Tetapkan waktu dan jadi lebih berdisplin ketika memberikan jajan untuk anak-anak.

4. Ibu bapa tunjukkan contoh yang baik

Tabiat anak akan mengikut apa yang ada di depan mata termasuklah tindakan ibu bapa mereka sendiri.

Jadi secara langsung, ibu bapa haruslah memberi contoh yang baik dengan makan makanan yang sihat dan seimbang supaya anak-anak juga terpengaruh untuk mengikutinya.

Selamat mencuba!

image is not available 2 minggu lalu

"Jangan Panggil Nama" - Wanita Ini Beri Tips Cari Anak Hilang Di Tempat Awam, Dakwa Lebih Senang Jumpa