Anak Rahmad Mega raih 9A, pasang impian jadi pakar bedah. ‘Nak buktikan anak artis pun mampu berjaya!’

LocalEntertainment
1 Apr 2026 • 4:19 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

ANAK penyanyi Rahmad Mega berkongsi berita gembira anaknya, Hurin Qazrina Rahmad, 18, meraih keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelaharan Malaysia (SPM).

Memuat naik foto bersama isteri, bekas vokal kumpulan Mega itu berseloroh menuntut janji daripada mereka yang ingin memberikan hadiah kepada anak keempatnya.

"Alhamdulillah anakanda Hurin dapat 9A utk SPM 2025. Sesiapa yang sudah berjanji hendak kasi hadiah tu, sila standby kan duit raya berkepok-kepok untuk Hurin. Hehehe," titipnya di Instagram.

Dalam pada itu, memetik Kosmo, Hurin yang merupakan bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah mengejar cita-cita untuk menjadi seorang pakar bedah.

image is not available

Dia diantara 48 pelajar yang mencatat keputusan cemerlang di sekolah berasrama penuh elit itu sekali gus menyumbang kepada catatan hebat Gred Purata Sekolah 1.38. 

Anak bongsu daripada empat adik-beradik itu menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pengajian di peringkat asas (foundation) sebelum menyambung pelajaran ke luar negara dalam bidang perubatan.

“Saya bercita-cita menjadi pakar bedah. Saya mahu buktikan anak seorang artis juga mampu berjaya dalam bidang profesional jika ada kesungguhan,” ujarnya kepada Kosmo.

image is not available

Menjadikan pengorbanan keluarga menjadi inspirasi, Hurin berkata kejayaan yang diraih hasil sokongan tidak berbelah bahagi famili selain bimbingan guru-guru.

“Cabaran memang tinggi, tetapi cikgu sentiasa berpesan supaya saya membanggakan ayah dan keluarga. Itu yang menjadi pembakar semangat saya,” katanya.

Istimewanya, Hurin mendedikasikan keputusan cemerlang yang diraih buat kedua-dua ibu bapanya, Rahmad Tohak dan Norfaizah Ahmad yang tidak pernah jemu memberi dorongan.

Sumber: Instagram, Kosmo

 

 

View Original Article