Anak Selangor dipelawa mohon pinjaman lanjut pelajaran

30 Aug 2023 • 12:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 30 OGOS: Anak Selangor disaran memohon pinjaman boleh ubah dalam negara 2023 bagi menampung keperluan pengajian yang dibuka mulai Jumaat ini sehingga 30 September.

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor memaklumkan peruntukan dari Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ditawar kepada pelajar peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah perubatan sepenuh masa.

Bantuan khas pendidikan itu terbuka untuk mereka yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta di Selangor dan Kuala Lumpur dalam bidang diiktiraf kerajaan.

Pembiayaan tahunan berjumlah RM4,000 bagi sijil diikuti diploma (RM8,000), ijazah sarjana muda pelbagai dan veterinar (RM10,000) serta ijazah sarjana muda perubatan dan pergigian (RM12,000).

Antara syarat kelayakan adalah pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor selain bermastautin lebih daripada 10 tahun di negeri ini dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000.

Permohonan yang dibuka sejak awal bulan ini boleh dibuat menerusi laman sesawang https://danapendidikan.selangor.gov.my

image is not available