“Anak Sendiri Pun Seksi Seksa..” – Ulas Isu Puteri Balqis, Azhar Sulaiman Kena Hentam Balik?

8 Sep 2022 • 11:16 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman tampil memberikan sedikit komen mengenai isu Puteri Balqis yang mendedahkan perangai sebenar bapa kandungnya ketika dia masih kecil dan bagaimana perkara tersebut telah mendatangkan trauma buat dia dan ibunya.

Kata Azhar, dia tidak bersetuju dengan cara Puteri Balqis menghebahkan mengenai perkara itu kepada orang ramai kerana ia melibatkan aib bapa kandungnya.

image is not available

Sumber : Xtra  

Namun begitu, kenyataan Azhar yang dimuat naik di Instagram miliknya itu telah menerima respon yang pelbagai daripada netizen di luar sana.

Kata mereka, Azhar sepatutnya menasihati anaknya, Kasih Iris Leona kerana kerap kali mencipta kontroversi sejak kebelakangan ini.

Malah, ada yang menganggap Azhar memberi komen sedemikian rupa kerana ingin ‘menutup’ kesalahan anaknya sendiri ataupun dengan kata lain ‘mengalih perhatian’ netizen untuk bercakap lebih lagi mengenai isu Puteri Balqis.

image is not available

Sumber : Twitter  

 

image is not available

Sumber : Twitter  

Selain itu, ada juga pihak yang tidak bersetuju kerana anaknya mungkin tidak bersetuju dengan kenyataan Azhar sendiri berikutan Kasih Iris ada memuat naik tweet di akaunnya yang bertulis:

Saya tahu saya anaknya (Azhar Sulaiman) tapi tolong berhenti mengaitkan apa yang dia lakukan dengan saya kerana ada perkara kami tidak sependapat dan ia tidak mencerminkan pandangan saya mengenai sesuatu isu.

Apa pun, biarlah pihak polis membuat siasatan lanjut mengenai isu Puteri Balqis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Takde Siapa Nasihat Dia Dulu Ke?" - Azhar Sulaiman Tak Setuju Puteri Balqis Dedah Aib Bapa Secara Publik