Anak seru doa dan solat hajat, Presiden PAS bakal jalani prosedur rawatan

LocalPolitics
16 Jun 2025 • 4:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dijadualkan menjalani satu prosedur rawatan pada esok, 17 Jun 2025.

Anak Presiden PAS titip pesanan

Memetik hantaran daripada anak kepada Abdul Hadi yang juga Exco Negeri Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, beliau telah menyeru orang ramai untuk mendoakan serta melakukan solat hajat buat bapanya.

“Insya-Allah ayahanda Tuan Guru (Abdul Hadi) akan menjalani suatu prosedur rawatan pada esok hari, 17 Jun 2025.

“Justeru saya mewakili pihak keluarga memohon agar didoakan kesihatan dan kesembuhan buat ayahanda Tuan Guru,” katanya.

image is not available

Presiden PAS jalani prosedur rawatan

Bagaimanapun, Muhammad Khalil yang juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu tidak memperincikan jenis prosedur mahupun keadaan kesihatan bapanya.

image is not available

Terdahulu, Menteri Besar Kedah menafikan dakwaan bahawa Abdul Hadi bakal berundur dan melepaskan jawatan sebagai Presiden PAS.

image is not available

Ujarnya, Dunia Islam masih memerlukan pengalaman beliau dalam menjalin hubungan dengan badan-badan antarabangsa, menyelesaikan konflik kemanusiaan dan politik, serta memperdekatkan perbezaan antara mazhab dalam Islam.