Anak Shahrizan imbau kenangan undang sebak -“Seminggu dah papa tinggalkan kami”

2 May 2024 • 9:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Anak Shahrizan imbau kenangan

Anak kedua kepada Pegawai Waran II TMK (AQM) Mohd Shahrizan Mohd Termizi yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut pada 23 April lalu luah rasa sebak apabila imbau semula kenangan bersama arwah bapanya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nurul Shahfizah di laman TikToknya, dia berkata sudah lebih seminggu bapanya meninggalkan keluarga selepas insiden menyayat hati tersebut berlaku.

Anak Shahrizan imbau kenangan

@fzgone

seminggu dah papa pergi tinggalkan kami, apapun papa dah buat yang terbaik untuk family…simpan sini buat kenangan #fyp #helicopterfennec #tenteralautdirajamalaysia #tldmlumutperak

♬ perayaan mati rasa –

“Seminggu dah papa pergi tinggalkan kami, apa pun papa dah buat yang terbaik untuk keluarga..simpan sini buat kenangan,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Anak Shahrizan imbau kenangan

image is not available

image is not available

Salam takziah buat keluarga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah dan menzahirkan ucapan takziah buat keluarga yang kehilangan insan tersayang.

image is not available image is not available

Semoga terus kuat ya

Dalam pada itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Nurul Shahfizah dan keluarga supaya terus kuat dalam mengharungi dugaan.

image is not availableimage is not available

Sekadar info, seramai 10 orang maut dalam nahas dua buah helikopter milik TLDM terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut pada 23 April lalu.

Kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas di situ dilaporkan sedang menjalani Latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Difahamkan juga, Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-90 TLDM dibatalkan, ganti dengan majlis tahlil dan doa selamat selepas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendapat perkenan Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Kehormat TLDM.

Sumber: TikTok @fvzaa