Anak Sridevi, Janhvi Kapoor Dikecam Teruk Kerana Pakaian Menampakkan Lurahan Payu Daranya 

Entertainment
24 Sep 2022 • 9:54 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Janhvi Kapoor - Gambar AFP

Aktres Sridevi memang sentiasa dikenali dengan penampilan fesyen sarinya yang cukup sopan, anggun dan klasik.

Tapi nampaknya, ia tidak pernah dicontohi anak perempuannya, Janhvi Kapoor. Bahkan, Janhvi sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial disebabkan penampilan terkininya dalam satu acara, yang disifatkan sebagai menjolok mata. 

Aktres The Good Luck Jerry ini telah mengenakan dress berwarna jingga yang singkat, hingga menampakkan sebahagian lurahan payu daranya. 

Bollywoodlife.com melaporkan, selepas memakai pakaian yang mendedahkan asetnya itu, Janhvi menerima kecaman hebat kerana tidak segan-silu menayangkan tubuh badannya, pada setiap masa. 

image is not available
Mendiang Sridevi, ibu kepada Janhvi Kapoor, meninggal dunia pada 2018

Selain kecaman, segelintir netizen menasihatinya supaya tidak melupakan asal-usul dirinya terutama selepas kematian ibunya, mendiang Sridevi yang merupakan superstar terawal Bollywood. 

Ini bukanlah kali pertama Janhvi Kapoor menerima kecaman disebabkan pemakaian seksinya tetapi kali ini ia lebih 'ganas'. 

Rata-rata mempersoalkan mengapa Janhvi perlu mengenakan pakaian terdedah sedangkan dia seorang pelakon dan tidak perlu bersusah-payah untuk bekerja. 

Beberapa pengguna media sosial pula menasihatinya supaya mempelajari cara berfesyen daripada rakan pelakonnya, Sara Ali Khan yang juga anak kepada Saif Ali Khan. 

Sara dikatakan sering membuatkan peminatnya berasa kagum dengan setiap penampilannya. – Getaran, 24 September 2022 






 

View Original Article