Anak sulung Sari Yanti raih anugerah kecemerlangan akademik

10 Feb 2023 • 6:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sari Yanti berkongsi foto di samping anak lelakinya, Barr Al-Aliy, 13, yang lengkap berpakaian akademik iaitu jubah dan mortarboard.

ALHAMDULILLAH, demikian tutur pelakon Sari Yanti selepas anak sulungnya meraih anugerah kecemerlangan akademik.

Aktres siri popular Kisah Kaisara itu berkongsi foto di samping anak lelakinya, Barr Al-Aliy, 13, yang lengkap berpakaian akademik iaitu jubah dan mortarboard.

Sari Yanti meraikan kejayaan ditempa anaknya dengan kata-kata positif menerusi hantaran di Instagram.

“Sekejap je dah nak tingkatan satu. Dia dapat anugerah hari ni. Anugerah kecemerlangan akademik. Tahniah anak mama. Syukur Alhamdulillah. Rabbi habli minassholihin,” titipnya.

Barr Al-Aliy adalah anak Sari Yanti bersama bekas suami, Mohd Edy Casmadi Che Hussin. Selain Barr, pelakon Jenaka Kampung Kalut itu memiliki seorang lagi cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Baasit Al-Haq, 12. - SinarPlus

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved