Anak syarikat Insas catat RM425.36 juta pinjaman belum jelas bagi 2Q berakhir 31 Disember 2025

LocalBusiness & Finance
13 Jan 2026 • 4:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Anak syarikat Insas catat RM425.36 juta pinjaman belum jelas bagi 2Q berakhir 31 Disember 2025 image is not available amree13/01/2026 - 16:30 Oleh Amree Ahmad amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 13 JanInsas Berhad melalui anak syarikat pemberian pinjaman, Insas Credit & Leasing Sdn Bhd, mencatatkan jumlah agregat pinjaman belum jelas RM425.36 juta setakat 31 Disember 2025.


Berdasarkan laporan suku kedua yang dikemukakan kepada Bursa Malaysia, pecahan pinjaman tersebut melibatkan RM408.49 juta bagi kategori korporat, manakala baki RM16.88 juta untuk individu.


Tambah kumpulan berkenaan, daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak RM267.89 juta merupakan pinjaman yang jenis bercagar, sementara kira-kira RM157.47 juta lagi adalah tidak bercagar.


"Jumlah pinjaman belum jelas dicatatkan RM425.36 juta, dengan jumlah pinjaman daripada syarikat dalam kumpulan pula RM352.48 juta," maklum Insas selaras keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.


Dalam pada itu katanya, subsidiari berkenaan pada tempoh suku tersebut berjaya mencatatkan tiada langsung pinjaman ingkar bersih, dengan kadar nisbah pinjaman ingkar bersih turut adalah 0.0%.


Mengenai status pinjaman ingkar, anak syarikat kumpulan berkenaan mencatatkan jumlah kasar sebanyak RM10.65 juta, namun dari segi nilai bersih pinjaman ingkar adalah kekal pada tahap sifar.


Katanya lagi, situasi tersebut setelah Insas Credit & Leasing mengambil kira faedah dalam gantung yang berjumlah RM8.14 juta dan peruntukan khusus hutang ragu mencecah sebanyak RM2.51 juta.


"Bagi lima pinjaman terbesar yang diberikan oleh syarikat berkenaan, had prinsipal ditetapkan adalah antara RM60 juta hingga RM107 juta, manakala faedah dibayar secara bulanan," tambahnya.


Syarat pembayaran balik bagi pinjaman-pinjaman tersebut adalah prinsipal perlu dibayar atas tuntutan, namun penyata kewangan itu belum diaudit bagi tempoh berakhir 31 Disember 2025.


Insas Credit & Leasing ditubuhkan pada 1982 sebagai syarikat pemberi pinjaman wang berlesen di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. - DagangNews.com

Terkini standard