Anak Syurga, Adik Muhammad Bilal Yusra Meninggal Dunia

15 Dec 2023 • 5:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Muhammad Bilal Yusra Meninggal Dunia

KULIM — Muhammad Bilal Yusra, 3, yang menderita penyakit kepala besar selain sumbing di bibir dan hidung, menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.50 pagi Jumaat, lapor Sinar Harian.

Menurut ibu kepada Bilal, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 26, berkata pemergiaan anak syurga itu meninggalkan kesan kepadanya.

Walau bagaimanapun, Izzati dan suaminya, Mohammad Azhar Arzemi, 31, berlapang lada dengan kententuan Allah.

Tambah wanita yang berasal dari Sungai Ular itu memberitahu, dia sangat bersyukur dapat berdamping dengan anaknya dan mencurahkan kasih sayang selama tempoh tiga tahun.

image is not available
Gambar: Sinar Harian

“Dalam sehari dua ini, Muhammad Bilal Yusra nampak biasa cuma ada merengek sikit.

“Saya dan suami ada bersama-sama tadi, meninggal di rumah,” katanya.

Selepas solat Jumaat, jenazah Muhammad Bilal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ular.

image is not available
Gambar: Sinar Harian

Pada November 2020, pasangan itu pernah memaklumkan reda sekiranya bayi mereka pergi terlebih dahulu jika tiba masanya.

Kedua-dua mereka juga bersedia menerima kenyataan tersebut apabila Muhammad Bilal dimaklumkan hanya mampu bertahan selama lima hari oleh doktor.

Namun begitu, anak istimewa itu diberikan kesempatan untuk bersama dengan ibu bapa mereka sehingga berumur tiga tahun.

Pasangan itu menzahirkan rasa bersyukur dengan perkara itu dan menyifatkan ia adalah keajaiban atas kekuasaan Allah SWT.

Untuk makluman, sejak lahir, Muhammad Bilal menderita kepala membesar sehingga bersaiz 39 sentimeter dan berat sekitar 3.2 kilogram.

Difahamkan, berat kepalanya dilaporkan semakin meningkat dan mencecah 4.5 kilogram.

Sumber: Sinar Harian