Anak Taikun Emas Raikan Majlis Kahwin Dalam Kapal Terbang

Entertainment
5 Dec 2023 • 9:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Anak kepada taikun emas India, Dilip Popley tular selepas raikan majlis kahwin di dalam sebuah kapal terbang peribadi pada 24 November lalu.

Memetik laporan The Indian Express, sebuah video yang dimuat naik di media sosial memaparkan sambutan mewah perkahwinan anaknya yang dihadiri kira-kira 350 tetamu.

Anak taikun emas raikan majlis kahwin dalam kapal terbang

image is not available

Lebih menarik apabila perkahwinan anak perempuannya, Vidhi Popley bersama Hridesh Sainani itu diraikan dalam pesawat yang sedang dalam perjalanan dari Dubai ke Oman.

Video tersebut juga memaparkan Hridesh menyuarakan kegembiraannya kerana dapat berkahwin dengan kekasih sekolah menengahnya.

“Saya sangat gembira kerana dapat berkahwin dengan kekasih zaman kanak-kanak saya dan kekasih sekolah menengah saya.

image is not available

“Terima kasih kepada Jetex, terima kasih kepada semua orang dan terima kasih kepada ibu bapa kami. Kami sangat menyayangi kamu dan kami menyayangi Jetex,” kata Hridesh.

Dalam pada itu, Vidhi turut menyuarakan kegembiraan disamping menyatakan dia tidak menyangka ibu bapanya merancang perkara tersebut.

“Saya sangat teruja dan saya tidak terbayang pun akan melakukan perkahwinan atas kapal,” ujarnya.

Sumber: The Indian Express, X @PTI_News

View Original Article