Anak Tak Nak Pergi Sekolah, Bongkar Perangai Keji Guru Lelaki Suka Gigit Bibir Murid

11 Jul 2023 • 12:36 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Trauma nak ke sekolah, ibu terkejut dapat tahu bibir anak digigit cikgu lelaki

Anak Tak Nak Pergi Sekolah, Bongkar Perangai Keji Guru Lelaki Suka Gigit Bibir Murid. Seorang ibu mendedahkan sikap anaknya yang berusia 6 tahun berubah apabila dia kelihatan murung setiap kali pulang dari sekolah dan kerap bertanya khabar tentang cuti sekolah.

Menerusi perkongsian Facebook wanita yang dikenali sebagai Eyma Zaideen itu mula tidak sedap hati dan mempunyai firasat buruk apabila situasi itu kerap berlaku.

Menurut laporan, anaknya mula-mula enggan memberitahu apa yang berlaku di sekolah sehinggalah pada suatu hari selepas pulang dari sekolah, anaknya pulang ke rumah dengan wajah yang sedih dan merayu untuk ditukarkan sekolah.

image is not available
Sumber: facebook

Dipercayai guru lain turut ketawa dengan situasi itu

Sementara itu, ibu tersebut bukan sahaja berang dengan perangai keji guru itu, malah turut kecewa dengan sikap guru lain yang menyaksikan kejadian itu tetapi hanya ketawa seolah-olah gurauan.

Eyma, yang enggan berdiam diri, menemui seorang pelajar perempuan lain dan diminta menceritakan gangguan yang dialaminya. Mengesahkan kejadian menggigit itu, dia menyatakan guru yang sama turut mengganggu rakan sekelas yang lain.

image is not available
Sumber: facebook

Susulan isu tular itu, pihak sekolah meminta maklumat berkenaan dipadam. Bagaimanapun, Eyma tegas dengan pendiriannya untuk mempertahankan hak kanak-kanak serta anaknya sendiri dan memberikan kesedaran kepada cikgu tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan: