Anak Terpalit Kes Dadah, Shah Rukh Khan Didakwa Bagi Rasuah 13 Juta Supaya Dilepaskan?

Entertainment
23 May 2023 • 3:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, nama pelakon legend di Bollywood, Shah Rukh Khan menjadi bualan peminat di India selepas didakwa memberi rasuah kepada pegawai Biro Kawalan Narkotik (NCB) supaya mengugurkan kes dadah melibatkan anak lelaki, Aryan Khan.

Melalui portal Murai MY, SRK didakwa menawarkan sejumlah wang 250 juta rupee (13 juta) kepada pegawai bernama Sameer Wankhede.

Perbualan SRK bersama Sameer di aplikasi WhatsApp mula tersebar di media sosial dan susulan itu, ia menjadi perhatian warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aryan Khan (@___aryan___)

Difahamkan, SRK menghantar mesej yang panjang sambil merayu agar anak lelakinya digugurkan daripada siasatan mengambil dadah sewaktu di atas kapal pelayaran pada Oktober 2021.

Setelah pendedahan tersebut diketahui ramai, sesetengah netizen merasakan dakwaan tersebut adalah benar kerana melihat daripada gaya hidup mewah Sameer selain kerap bercuti ke luar negara hasil dari duit rasuah yang diberi oleh SRK.

Sekadar info, Aryan Khan ditanah bersama tujuh rakannya yang lain dan dua orang wanita di sebuah kapal pelayaran di pantai Mumbai pada Oktober 2021 atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Namun, setelah 28 hari ditahan, hasil siasatan mendapati anak Shah Rukh Khan tidak bersalah dan dilepaskan.

image is not available 1 tahun lalu

Tiada Bukti Anak Positif Dadah, Shah Rukh Khan Bakal Saman Biro Kawalan Narkotik