Anak Tidak Boleh Di’bin’kan Nama Bapa Jika Perkahwinan Tidak Didaftarkan Di Malaysia – JPN

LocalPolitics
5 Feb 2026 • 2:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Anak kepada pasangan Muslim yang berkahwin di luar negara tetapi gagal membuat pengesahan pernikahan di Malaysia tidak boleh dibinkan kepada bapa dalam sijil kelahiran yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pengarah JPN, Datuk Badrul Hisham Alias, berkata pendaftaran kelahiran anak berkenaan masih boleh dibuat bagi mendapatkan sijil kelahiran, namun nama bapa perlu dinasabkan kepada Asmaul Husna (99 nama Allah SWT).

Advertisement

image is not available

Menurutnya, semasa proses pendaftaran, status pernikahan ibu bapa perlu dibuktikan melalui dokumen pernikahan yang sah dan diiktiraf mengikut undang-undang Malaysia.

Sekiranya pernikahan tidak didaftarkan atau tidak dapat disahkan, pendaftaran kelahiran akan dibuat mengikut Seksyen 13.

Seksyen 13 merujuk kepada situasi pasangan tidak berkahwin tetapi hadir menandatangani bersama Borang LM01; pasangan berkahwin di luar negara namun tidak mendaftar mengikut undang-undang Malaysia; serta kanak-kanak Islam yang dilahirkan belum cukup enam bulan Qamariah dari tarikh perkahwinan ibu bapa.

“Taraf kewarganegaraan anak dalam sijil kelahiran adalah mengikut taraf kewarganegaraan ibu ketika kelahiran berlaku.”

“Sekiranya bapa adalah warga Malaysia, manakala pasangannya warga asing, namun perkahwinan tidak diiktiraf mengikut undang-undang (di Malaysia), taraf warganegara anak mengikut taraf warganegara ibu,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-05 11:01:16

Sultan Selangor Perkenan Menghadap Banduan Terima PhD Dalam Penjara - "Baginda Rasa Dia Layak Terima Peluang Kedua"

The post Anak Tidak Boleh Di’bin’kan Nama Bapa Jika Perkahwinan Tidak Didaftarkan Di Malaysia – JPN first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.