Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

18 Jul 2026 • 9:57 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 57 tahun dikhuatiri maut selepas disambar buaya ketika sedang mencuci bot bersama anak lelakinya di Kampung Batu Putih, Kinabatangan, petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Rusli Mardin sedang mencuci bot bersama anaknya yang berusia 19 tahun kira-kira jam 6.30 petang sebelum reptilia itu tiba-tiba menyerangnya dan menarik mangsa ke dalam sungai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Suriyadi Darwis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.31 petang sebelum menggerakkan enam anggota bomba ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 30 kilometer dari balai.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diberikan anak mangsa, Rusli diserang seekor buaya sebelum hilang daripada pandangan.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian menggunakan kaedah pencarian di permukaan air.

“Bagaimanapun, operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 8.45 malam berikutan keadaan gelap yang menyebabkan pencarian menjadi terlalu berbahaya untuk diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat akan disambung hari ini, manakala perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. - Getaran, 18 Julai 2026

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved