Anak Zahid Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UPM? – “Sirih Pulang Ke Gagang”

LocalPolitics
13 Jan 2025 • 11:40 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurul Hidayah didakwa dilantik sebagai lembaga pengarah di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ia susulan tular sepucuk surat pelantikan yang didakwa ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dimana tempoh perkhidmatan Nurul berkuat kuasa dari 2 Januari lalu hingga 1 Januari 2028.

Anak Zahid dilantik dalam ahli lembaga pengarah UPM?

image is not available

Lebih menguatkan dakwaan apabila Exco Wanita UMNO itu bertindak memuat naik foto graduasinya di laman Instagram dengan kapsyen “Alma mater. UPM 1999–2002. Bismillah.” pada Ahad.

image is not available

image is not available

Pada masa sama, beliau turut berkongsi kata-kata di InstaStory dengan menambah:”Sireh pulang ke gagang. Berilmu berbakti. Alma mater. Bismillah”.

image is not available

Menerusi media sosial terutama di laman X, pereka grafik kontroversi Fahmi Reza berkongsi ‘resume’ satira memaparkan foto dan nama Nurul selain gelaran sebagai ‘Anak Zahid Hamidi’.

image is not available

Bagaimanapun setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut sama ada daripada Zambry atau UPM. Untuk makluman, wanita berusia 47 tahun itu memiliki ijazah sarjana komunikasi dari UPM.

Sumber: Instagram Nurulhidayah Ahmad Zahid, X