Anak2 harta paling berharga Bella Astillah, peminat harap Ayden jaga ‘mummy’ elok2

Family & Parenting
4 May 2024 • 2:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Anak-anak menjadi harta paling berharga Bella Astillah dan mengakui sedia bekerja keras untuk mereka ketika ini.

Bawa anak-anak ke zoo

Perkara itu dikongsikan selebriti, Bella Astillah menerusi posting terbarunya yang membawa kedua-dua anak tersayang, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 ke zoo negara.

“Harta yang paling berharga buat mummy and mummy akan work hard untuk Ayden & Ara,” tulisnya.

Harta paling berharga Bella Astillah, gembira layan telatah anak2

Dapat dilihat yang Bella bersama anak-anak kelihatan gembira menyaksikan haiwan-haiwan yang ada di zoo sambil masing-masing tak henti memanggil ‘mummy’ setiap kali teruja melihat haiwan unik.

Pemilik nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30 juga nampak gembira melayan telatah anak-anaknya yang semakin petah berkata-kata.

image is not available

Harta paling berharga Bella Astillah, seronok tengok mereka gembira

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata tumpang gembira melihat mereka bertiga tersenyum walaupun Bella sedang berada di fasa yang agak mencabar.

Ada juga diantara mereka berharap supaya anak lelakinya, Ayden Adrean dapat menjaga ibunya yang telah berusaha sehabis baik menjadi seorang ibu serta isteri walaupun diuji dengan pelbagai kontroversi dalam rumah tangga.

image is not available

Memang best moment kalau bersama anak2

image is not available

Ayden ni hormat orang sangat

image is not available

Ayden jaga mummy elok2 ya

image is not available

Semoga Bella terus kuat bersama anak2

image is not available

Terus pandang ke hadapan Bella

image is not available

Semoga Bella, Ayden dan Ara terus bahagia bersama insan-insan yang menyayangi mereka.

Sumber: Instagram Bella Astillah