Ananda Natasha Mohon Netizen Jangan Kecam Andika Putera, Kini Hubungan Mereka Dalam Keadaan Baik

LocalEntertainment
12 Sep 2024 • 6:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ananda Natasha Andika Putera

Sebelum ini pempengaruh, Andika Putera teruk dikecam apabila timbul beberapa perkara selepas dirinya bercerai dengan bekas isterinya, Ananda Natasha.

Terbaru! Menurut laporan Oh Bulan, Ananda mohon dekat netizen agar tidak lagi menyerang bekas suaminya itu di media sosial menerusi satu siaran langsung di Tiktok.

@milahbunga

Replying to @Fyqa_ awakkk thanks tau masih ingat lagi kewujudan saya malam ni saya share video @Ananda_natashaaa jelah, boleh kan Tasha ada nak buat confession sikit #fyp #foryou #foryoupage #foryoupageofficiall #anandanatasha

♬ original sound – Milah Bunga – Milah Bunga

Saya minta tolong, awak semua jangan masuk campur urusan saya dengan pihak Andika. Jangan komen lagi apa-apa tentang perkara sebelum ini di media sosialnya.

Benda dah lepas, saya pun dah ‘move on’ dengan keadaan, awak semua pun kena ‘move on’ juga.

Ananda juga berkata yang dia tidak mahu mencetuskan lagi salah faham kerana hubungannya dengan Andika kini dalam keadaan yang baik.

Saya tahu awak semua sangat supporting dan supportive, tapi saya minta tolong cukup sampai di sini sahaja. Jangan lagi ungkit kisah lama.

Saya dengan Andika kami sekarang okay dan tak ada apa masalah. Kalau boleh saya tak nak menimbulkan salah faham lagi antara kami.

Jangan perli-perli dia tentang perkara yang lepas dan masing-masing pun dah ada kehidupan yang baru. Masa dia ‘live’, awak semua janganlah perli dia. Jangan kaitkan saya di setiap video-video dia.

Bukan tu jer, netizen juga diminta untuk tidak membanding-bandingkan Andika dengan teman rapatnya yang juga merupakan seorang penyanyi, Ezra Kkairo 

Ada juga yang bandingkan Ezra dengan Andika, benda itu tak bagus. Pihak Ezra pun tak suka dibanding-bandingkan. Sebab apa yang Andika buat sekarang pun untuk anaknya juga.

Benda dah lepas biarkanlah. Tuan badan pun dah move on yang kita nak jadi batu api dah kenapa?

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Oh Bulan | Tiktok


View Original Article