Ancaman bom dalam penerbangan India, penumpang diarah pindah

18 Aug 2023 • 6:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW DELHI: Pihak berkuasa lapangan terbang di New Delhi, pada Jumaat mengarahkan pemindahan penumpang dari penerbangan ke Pune selepas menerima panggilan ancaman bom, lapor Xinhua.

Panggilan terbabit diterima melalui pusat panggilan lapangan terbang ketika proses pemeriksaan penerbangan Vistara dari Delhi ke Pune sedang dijalankan.

Ancaman bom itu dilaporkan telah menyebabkan gangguan sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi.

Sejurus selepas panggilan, para penumpang telah dipindahkan dan pesawat berkenaan menjalani pemeriksaan secara teliti oleh pasukan anti-sabotaj.

Bagaimanapun, tiada apa-apa yang mencurigakan dijumpai dan siasatan berhubung kejadian sedang dilakukan. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved