Ancaman bom: Pesawat Azur Air Rusia terpaksa dilencongkan ke Uzbekistan

21 Jan 2023 • 4:07 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW DELHI: Pesawat syarikat penerbangan Rusia Azur Air yang dalam perjalanan menuju ke Goa, India terpaksa dilencongkan ke Uzbekistan berikutan ancaman bom, lapor Sputnik yang memetik Agensi Berita India ANI pada Sabtu.

Penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Perm Rusia itu dijadualkan mendarat di Goa pada 4.15 pagi waktu tempatan pada Sabtu (22:45 GMT pada Jumaat), kata seorang pegawai polis India.

“(Penerbangan) dilencongkan selepas ketua Lapangan Terbang Dabolim (lapangan terbang Goa) menerima e-mel mengenai bom di atas pesawat berkenaan,“ menurut pegawai polis itu.

Pesawat berkenaan membawa 238 penumpang termasuk dua bayi dan tujuh anak kapal.

Isnin lalu, sebuah pesawat Azur Air dari Moscow ke Goa juga terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Jamnagar di Gujerat, India untuk pemeriksaan keselamatan selepas menerima ancaman bom.

Selepas pemeriksaan menyeluruh, pihak berkuasa India tidak menemukan sebarang peranti yang mencurigakan. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved