Ancaman Bom Selesai, AEON Mall Klebang Dibuka Semula Hari Ini

24 Aug 2023 • 7:04 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang anggota polis berdiri di luar bangunan AEON Mall Klebang, Ipoh semalam - gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR - Selepas gempar seketika akibat ancaman bom sehingga terpaksa ditutup, pusat beli belah AEON Mall Klebang di Ipoh, kembali beroperasi hari ini.

Menerusi notis di Facebook semalam, pengurusan AEON memaklumkan, tahap keselamatan pusat beli belah terbabit kembali pulih.

image is not available

“Pelanggan dan rakan perniagaan yang dihargai, selepas pengesahan dari pihak berkuasa tentang keselamatan premis, AEON kembali member perkhidmatan kepada pelanggan kami.

“Kami akan beroperasi semula seperti biasa Khamis (24 Ogos 2023) pada jam 10 pagi. Kami memohon maaf atas kesultan dan amat menghargai kesabaran dan sokongan berterusan anda,” katanya.

@ashznl

Tersadai kat aeon klebang ni tak sempat shopping pun.

♬ original sound - A I S H A H

Terdahulu BERNAMA melaporkan, premis pusat beli belah itu terpaksa dikosongkan selepas menerima panggilan berkaitan ancaman bom.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan, pasukan polis dan bantuan bomba telah dihantar untuk memeriksa lokasi terbabit. - Getaran, 24 Ogos 2023