Ancaman bom: Wanita warga China didenda

LocalPolitics
26 Sep 2025 • 2:54 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Mahkamah Majistret pada Khamis pesawat didenda RM5, 000 atau tiga bulan penjara jika gagal bayar ke atas seorang wanita warga China yang membuat kenyataan wujud bom di dalam pesawat.

Tertuduh Liu Jinqi, 28, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin sejurus kertas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Cina.

Wanita itu didapati menakutkan secara jenayah terhadap syarikat penerbangan Air Asia dengan kenyataan ugutan ‘human service bomb dangerous’ melalui aplikasi Ask Bo yang dibaca oleh kakitangan syarikat itu di kediamannya di Taman Sri Balung sekitar jam 11.55 pagi pada 20 September 2025.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan ASP Jeffrey Kadison manakala tertuduh diwakili peguam Chen Wen Jye.

Dalam hujahannya Jeffrey memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap wanita itu memandangkan kes terbabit adalah satu kesalahan serius yang boleh menyebabkan panik dan mengancam keselamatan walaupun ugutan tidak benar.

Chen pula memohon anak guamnya dikenakan hukuman denda mengambil kira kes itu adalah kesalahan pertama wanita berkenaan selain pengakuan bersalahnya menjimatkan masa mahkamah serta dia juga memberikan kerjasama sepenuhnya semasa siasatan kes.

Menurutnya suami tertuduh, 29, yang ditangkap bersama isterinya itu pula sudah dibebaskan pada Rabu malam.

Media sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri warga China itu ditahan di sebuah hotel di Semporna pada 22 September 2025 sekitar jam 8 malam susulan laporan polis dibuat pihak keselamatan syarikat penerbangan tersebut.

Katanya wanita itu mengaku menghantar mesej ugutan palsu berkenaan melalui aplikasi rasmi syarikat penerbangan dengan alasan mahu mendapatkan respon segera bagi menukar tempat duduk dalam penerbangan mereka dari Tawau ke Kuala Lumpur sebelum transit ke Beijing pada 23 September 2025.

Suspek mendakwa terbaca di sebuah portal di China bahawa kenyataan berbentuk ancaman boleh mempercepatkan maklum balas daripada syarikat penerbangan.