“Anda Akan Bertunang…” – Puteri Sarah Tersipu Malu Dengan Jawapan ‘Filter’ Ramalan 2024, Ada Makna Ke Tu?

Entertainment
3 Oct 2023 • 11:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kewujudan pelbagai jenis filter yang direka membuatkan ramai teruja untuk mencuba dan kadang kala jawapan ia seperti ada makna pula.

Sama macam aktres Puteri Sarah Liyana yang mencuba filter ramalan 2024 baru-baru ini di mana ia kononnya meramal apa yang bakal berlaku terhadap seseorang pada tahun depan.

Mengejutkan dan seolah-olah memahami situasi, jawapan filter tersebut terhadap Puteri Sarah adalah ramalan bahawa aktres tersebut akan bertunang.

Pelakon itu sendiri malah terkejut dan tersenyum malu dengan jawapan filter ramalan tersebut terhadapnya.

Ini memang tidak disangkakan.

image is not available

Baru-baru ini, ibu kepada dua anak itu menjadi bualan hangat di media sosial selepas dilihat kerap membuat live bersama aktor Indonesia, Andi Asyril.

Malah sebelum ini tular Puteri Sarah berbual di telefon bersama seseorang dan ia membuatkan ramai teruja kerana dia didengari bercakap dalam bahasa Indonesia dan menyebut perkataan ‘sayang’.

Ikut kamu ajalah sayang.

image is not available

Ramai peminat merestui kedua-dua selebriti tersebut dan rata-ratanya teruja untuk menantikan mereka membawa hubungan ke peringkat seterusnya.

Bagaimanapun, Puteri Sarah menafikan dia dan Andi mempunyai hubungan cinta sebaliknya berkawan sebagai business partner sahaja.

image is not available 2 weeks ago

"Bakal Suami Dia Ke?" - Ditanya 'Mana Suami', Puteri Sarah Laju Tunjuk Jejaka Sebelahnya