Anda berminat untuk lihat POV Bruno Fernandes sewaktu jaringkan gol?

13 Feb 2024 • 10:12 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pemilik Manchester United mahukan kelab itu jadi pelopor kepada teknologi AR di Liga Perdana Inggeris dalam usaha memberi nilai tambah pada salah satu pasukan bola sepak terkenal dunia.

Apabila direalisasikan kelak, anda mungkin bakal melihat pemain-pemain pasukan itu memakai kamera badan untuk merakamkan aksi di atas padang. Sudah tentu ini bakal jadi sumber keuntungan baharu melalui bayaran yang dikenakan untuk mengakses kandungan eksklusif ini.

image is not available

Bekas CEO Manchester United, Ed Woodward, yakin yang idea ini bakal meletup kerana siapalah yang tak mahu lihat bagaimana Marcus Rashford dan Bruno Fernandes berinteraksi dengan orang lain di atas padang?

Penggunaan kamera badan untuk pamerkan sudut pandang unik dalam permainan bola sepak bukanlah satu idea yang baharu. Konsepnya telahpun dibuktikan seawal tahun 2022 sewaktu pertembungan persahabatan AC Milan menentang FC Koeln. Beberapa gol menarik berjaya dirakamkan dalam sudut pandang seperti penonton berada di atas padang.

Pembekal solusi visual persahabatan itu adalah Mindfly yang merupakan salah satu jenama pembekal kamera badan untuk kegunaan sukan. Ia hadir dalam bentuk ves yang katanya tidak akan menjejaskan prestasi pemakai sewaktu beraksi.

image is not available

Sumber: Goal.com, 2

View Original Article