Anda berpeluang kerja di Tesla, syarikat autofomotif & teknologi terkemuka jika datang ke Cyberjaya Sabtu ini

Business & Finance
15 Jun 2023 • 1:57 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Nama Tesla terkenal sebagai pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka di dunia. Baru-baru ini, Tesla dilihat telah bersedia untuk membuka cawangan mereka di Malaysia apabila menyiarkan lowongan pekerjaan di laman web rasmi mereka.

Terbaru, Tesla mengumumkan akan mengadakan Hari Temuduga Terbuka pada hari Sabtu ini, 17 Jun 2023 di Cyberview Sdn Bhd di Cyberjaya. Pada hari tersebut, hanya lima jawatan ditawarkan untuk ditemuduga iatu:

  1. Penasihat Jualan / Penasihat Jualan Dalaman
  2. Penasihat Jualan Perusahaan
  3. Penasihat Penghantaran
  4. Pakar Sokongan Pelanggan
  5. Penasihat Perkhidmatan

image is not available

Dinyatakan juga, tiada pendaftaran awal perlu dibuat. Hanya datang bersama resume bercetak pada Hari Temuduga di Cyberjaya.

Walaupun dengan adanya Hari Temuduga ini, sebenarnya masih banyak jawatan lain masih terbuka untuk dimohon di Tesla Malaysia. Anda boleh menyemak senarai jawatan terbuka di laman rasmi Tesla, di bahagian “Career”.

Kelihatan ada 16 jawatan ditawarkan untuk lokasi di Kuala Lumpur. Selain lima jawatan yang disenaraikan di Hari Temuduga Terbuka, jawatan lain yang ada seperti Pengurus Pejabat, Juruteknik Kenderaan, Penyelia Stor, Juruteknik Sokongan IT dan Akauntan Senior.

Jika anda tidak dapat hadir ke Cyberjaya pada 17 Jun, anda boleh cuba memohon menerusi laman web Tesla. Ambil perhatian juga bahawa semua jawatan ini bertempat di Kuala Lumpur.

image is not available
Pengecas SuperCharger Tesla di Singapura

Malaysia dijangka akan menjadi pasaran ketiga Tesla di Asia Tenggara, selepas Singapura dan Thailand. Buat masa ini, hanya ada dua model dijual secara rasmi di sana iaitu Model Y dan Model 3.

Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI), Tengku Zafrul pernah menyatakan bahawa Tesla dikenakan syarat untuk memasang sekurang-kurangnya 50 pengecas SuperCharger dalam masa 3 tahun, serta 30% darinya mesti boleh digunakan jenama lain, jika ingin melabur di Malaysia.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan