Anda bersedia untuk Malaysia kenakan cukai lebih tinggi?

Business & Finance
13 Feb 2024 • 12:12 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, memaklumkan yang Malaysia memungut hasil cukai terendah dalam rantau Asia Tenggara. Beliau merujuk kepada nisbah cukai kepada KDNK tahun 2021 pada paras 11.8% seperti yang dilaporkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Developmen (OECD).

image is not available

KDNK Malaysia dalam tahun 2021 daripada data Jabatan Perangkaan adalah RM355.7 billion. Ia bermakna kerajaan memungut sekitar RM42 billion dalam bentuk cukai dalam tahun 2021.

image is not available

Lebih menarik, sebahagian besar cukai yang dipungut Malaysia, datangnya daripada cukai korporat iaitu 50%.

image is not available

Menurut Bank Dunia, nisbah sihat kutipan cukai kepada KDNK sesebuah negara adalah pada takat 15% bagi memenuhi keperluan rakyat dan kelangsungan perniagaan di dalamnya. Nisbah yang tinggi bermakna kerajaan mempunyai cukup dana untuk gerakkan perhidmatan awam, memperbaik infrastruktur, memperbanyak program sosial, ataupun membayar pinjaman kewangan.

Sebagai perbandingan, negara berhampiran kita seperti Singapura, Thailand, Fillipina, dan Vietnam masing-masing dilaporkan mencatatkan nisbah pada paras 12.6%, 16.4%, 18.1%, dan 18.2%.

Makanya, negara yang masih belum mencapai angka tersebut disaran untuk melipatgandakan usaha untuk mempertingkat hasil dan berikut adalah beberapa saranan daripada pihak Bank Dunia.

  1. Sistem pembayaran yang mudah buatkan pengguna selesa untuk penuhi tanggungjawab berbanding sistem yang kompleks yang meningkatkan situasi culas bayar cukai.
  2. Sistem cukai yang adil dan saksama juga penting bagi memastikan yang kaya bayar cukai lebih banyak berbanding yang miskin.

Mungkin sebab itu kerajaan mula mengenakan cukai LVG 10% dan menaikkan cukai SST kepada 8%.