Anda boleh bina Tesla Roadster di rumah, Elon Musk sediakan manualnya

Cars
23 Nov 2023 • 2:53 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Elon Musk, CEO Tesla, telah mengumumkan pihaknya telah letakkan dokumen teknikal terperinci Tesla Roadster generasi 1 mereka di bawah sumber terbuka. Hal ini bermakna, orang awam ataupun penyelidik boleh gunakannya untuk berinovasi menggunakan asas kenderaan elektrik pertama Tesla.

Bila anda pergi ke https://service.tesla.com/roadster, anda dihidangkan dengan pelbagai dokumen. Yang paling penting adalah manual servis, skematik pendawaian, dan perisian yang digunakan untuk melakukan selenggara kereta itu. Biasanya dokumen-dokumen ini hanya boleh diakses pihak pusat selenggara dan sangat dikawal rapi.

image is not available

Contohnya, anda boleh dapat maklumat tentang cara buka pad brek langkah demi langkah termasuklah berapakah paras tork yang disarankan sewaktu mengetatkan nat.

image is not available

Pemilik Roadster sedia ada juga boleh menerima manfaat kerana boleh lakukan selenggara sendiri.

Elon malah berseloroh mengiyakan pertanyaan netizen yang ingin membina sebuah Roadster di dalam garaj.

image is not available

Tesla Roadster yang asal dilancarkan dalam tahun 2008. Ketika itu, ia adalah kenderaan elektrik termaju, memecahkan norma dan mewujudkan satu kategori baharu. Ia juga adalah kereta elektrik pertama yang sah digunakan atas lebuh raya Amerika Syarikat dan boleh pergi sejauh lebih 321km dengan satu bateri penuh.

Siri Roadster kini berada di generasi kedua yang dilancarkan dalam tahun 2017 dulu.