Anda boleh DIY insurans dengan FlexiOne Tune Protect harga serendah RM5/bulan

22 Jan 2024 • 5:08 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tune Protect telah mengumumkan satu produk yang pertama seumpamanya dalam pasaran. FlexiOne adalah produk insurans yang ada kelebihan daripada segi pembeli boleh mengubah suai produk secara interaktif untuk memenuhi keperluan mereka. Ia mirip kepada konsep jualan Yoodo sewaktu anda nak beli langganan telco.

image is not available

Bawah FlexiOne terdapat tiga produk iaitu:

  • Flexi Life
  • Flexi Medic
  • Flexi Critical Illness

Seperti semua produk insurans yang lain, ia melindungi anda daripada situasi-situasi tertentu. Maka dengan sebab itu, anda perlu baca Product Disclosure Sheet untuk ketiga-tiga produk ini sebelum melakukan langganan.

Daripada tinjauan ringkas, Anda boleh mula dengan berikan beberapa maklumat peribadi untuk sistem mencadangkan tiga jenis langganan yang bersesuaian seperti:

  • FlexiOne Budget
  • FlexiOne Sidekick
  • FlexiOne Health First

Flexi One boleh dilanggan pada harga serendah RM5/bulan sama anda anda ambil Flexi Life dan Flexi Medic sahaja. Untuk RM5/bulan anda dilindungi sebanyak RM35,000 ataupun RM245,000 bila anda ambil perlindungan maksimum RM35/bulan.

image is not available

Seandainya anda maksimumkan semua spesfikasi, anda melihat pada premium bulanan RM220.50 dan anda terima perlindungan seperti:

  • Insurans nyawa RM250,000
  • Insurans penyakit kritikal RM240,000
  • Insurans kesihatan dengan had RM150,000/tahun

Walau bagaimanapun, ini adalah produk insurans dan bukannya takaful. Namun, ia adalah satu konsep yang menarik dan pastinya tak lama lagi akan ada penawaran patuh syariah akan menggunakan kaedah ini untuk penjualan pelan perlindungan mereka.

Sumber: Tune Protect

Bacaan berkaitan