Anda boleh DIY sebuah FPV dron sekuasa DJI Avata dengan komponen ini

24 Nov 2022 • 9:32 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jenama pengeluar dron terkenal dunia DJI hari ini mengumum satu produk baharu yang merevolusikan arena FPV. Produk yang diberi nama DJI O3 Air Unit membolehkan peminat FPV memasukkan keupayaan pengimejan DJI Avata kepada sebarang FPV pihak ketiga.

Buat yang masih belum biasa dengan dunia FPV, airunit adalah komponen yang memberikan visual first person view kepada pilot sewaktu terbang kepada gogel dan ia turut bertanggungjawab menerima input daripada alat kawalan pilot dan salurkannya kepada unit kawalan penerbangan (flight controller unit).

image is not available

Apa yang direvolusikan DJI O3 Air Unit adalah, sistem kamera padanya adalah yang boleh anda temukan pada DJI Avata. Bukan setakat ia boleh jadi visual kepada pilot, ia juga boleh turut merakam dalam kualiti sinematik seterusnya membuatkan dron berpotensi tidak lagi perlu membawa dua sistem kamera berbeza, satu untuk pilot dan satu lagi untuk merakam kandungan.

image is not available

Sudah tentu ia akan menjadikan pesawat lebih ringan dan seterusnya lebih pantas dan lebih cekap tenaga.

Berbalik kepada sistem visual O3 Air Unit, di bahagian kameranya tersemat sensor 48MP sebesar 1/1.7" dengan bukaan apertur F2.8. Kamera ini memiliki sudut pandang 155 darjah dengan keupayaan merakam pada resolusi sehingga 4K@60. Segala macam manfaat kamera DJI Avata ada pada O3 Air unit seperti:

  • Penstabil imej elektronik (EIS) RockSteady
  • Video gerak perlahan 2.7K pada 120fps
  • Storan dalaman 20GB

Visual disalurkan kepada gogel pilot melalui protokol DJI O3+. Pilot melihat suapan berkadar 50Mbps pada resolusi 1080p@100fps. Suapan boleh dihantar pada jarak sehingga 10km kepada gogel yang menyokongnya seperti DJI Goggles 2 dan DJI FPV Googles 2. Input penerbangan pula boleh diterima unit ini daripada DJI FPV Remote Controller 2.

image is not available

Dalam pasaran A.S, DJI O3 Air Unit dijual pada harga USD299 (RM1,358) yang didalamnya ada modul kamera, modul penyiar, dan antena. Andab oleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

View Original Article