Anda boleh pandu uji Neta V sekarang, EV paling murah di Malaysia

Cars
23 May 2023 • 3:31 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Neta V, kenderaan elektrik (EV) paling murah di Malaysia baru sahaja dilancarkan awal bulan ini dengan harga bermula di bawah RM100,000. Penghantaran pertama dijangka akan bermula pada suku ketiga tahun ini. Kini, Neta Malaysia menjemput orang ramai untuk mencuba sendiri kenderaan mereka di bilik pameran rasmi mereka di Glenmarie, Shah Alam.

Walaupun anda boleh datang bila-bila masa ke bilik pameran tersebut untuk melihat sendiri Neta V yang baru, anda perlu mendaftar lebih awal jika mahu memandu uji EV tersebut. Caranya mudah sahaja, hanya isikan maklumat peribadi dan pilih masa dan tarikh yang diingini di dalam borang ini, yang terdapat di laman web rasmi Neta Malaysia.

image is not available

Dengan harga RM99,800, Neta V yang dilancar di Malaysia dilengkapi motor hadapan berkuasa 70kW (95hp) yang menghasilkan tork setinggi 160Nm. Dengan kelajuan maksimum 120kmj, Neta V dikatakan memiliki jarak pemanduan sehingga 384km dalam satu cas penuh, mengikut standard NEDC.

Menggunakan bateri lithium 38.54 kWh yang dihasilkan oleh CATL, Neta V datang siap dengan sambungan pengecas CCS2. Ia memerlukan kira-kira 8 jam untuk mengecas dari 0 ke 100% menggunakan pengecas AC 6.6kW.

image is not available

Apabila disambung kepada pengecas pantas DC 100kW, hanya 30 minit diperlukan untuk mengecas dari 30% ke 80%. Menariknya, Neta V turut dilengkapi fungsi mengecas keluar 3.3kW, membolehkan Neta V menjadi bank tenaga untuk menguasakan pelbagai barangan elektrik rumah.

Dari sudut saiz, Neta V lebih panjang dan tinggi daripada Perodua Myvi. Tetapi badannya lebih tirus. Ia memiliki berat keseluruhan 1,151kg dan ruang penyimpanan 335 liter, lebih besar daripada Myvi.

Ruangan dalaman Neta V diinspirasikan daripada Tesla, termasuk sistem inforia dengan skrin sentuh HD penuh 14.6-inci. Panel instrumen di pemandu pula dipasang skrin 12-inci dan kereta ini dilengkapi sistem audio 6 speaker. Neta V tidak menyokong Android Auto atau Apple Carplay, tetapi sistem inforia ini dikuasakan Android 9 dan boleh disambung ke telefon Android dan iPhone.

Kenali Neta V dengan lebih lanjut menerusi video kami yang telah melihat sendiri di majlis pelancarannya.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan