Acara Predator League Asia Tenggara adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak Acer semenjak tahun 2018 yang lalu. Acara ini merupakan acara kejohanan e-sukan dimana kebiasaannya ia akan mengumpulkan para pemain dan jurulatih dari beberapa buah negara dan mereka seterusnya akan bersaing untuk mendapatkan hadiah utama sebanyak USD 400,000 dan peluang untuk mencatat nama mereka dalam sejarah e-sukan. Selepas 6 tahun menjalankannya, Malaysia pula telah dipilih menjadi tuan rumah untuk acara ini dan kali ini ia melibatkan sehingga 14buah negara yang bertanding.
Pihak mereka juga telah mengumumkan bahawa perlawanan akhir untuk acara ini akan berlangsung di MITEC Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Januari 2025 kelak dan kali ini para peserta akan bertempur untuk perlawanan Dota 2 dan juga Valorant. Untuk perlawanan bagi mendapat kelayakan akhir peserta Malaysia pula, ia akan diadakan di One Utama kelak.
Kategori Tiket Yang Boleh Dipilih Bermula Pada Harga Serendah RM99
Terdapat 3 kategori tiket yang anda boleh pilih, yang terdiri daripada Legendary, Pro dan Elite. Untuk 3 kategori tiket ini, harganya berbeza bengantung kepada penawaran yang anda pilih.
- Kategori Legendary – Tempat Duduk VIP
Untuk kategori Legendary, anda boleh dapatkan akses kepada kejohanan itu dan dapatkan pengalaman seperti VIP. Untuk penawaran Legendary dengan harga asal RM599, anda boleh menikmati beberapa keistimewaan termasuklah tontonan perdana dari sofa yang empuk dan boleh memilih tempat duduk mengikut keselesaan anda. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu risau mengenai perut yang keroncong kerana makanan ringan dan minuman percuma akan disediakan terus di tempat duduk yang dipilih tadi. Harga yang dibayar juga berbaloi kerana anda dapat menerima beberapa hadiah percuma seperti baucar bernilai RM30, baju hud (hoodie) APAC Predator League 2025 edisi istimewa, figura APAC Predator League 2025 edisi terhad, kayu lampu Orb APAC Predator League edisi terhad dan juga kad Touch N’ Go (NFC) edisi APAC Predator League 2025 dengan kredit RM30 secara percuma. Tapi, harus diingatkan bahawa kategori Legendary ini dibuka secara terhad iaitu hanya 100 tiket sahaja. Untuk pembelian awal, anda akan dapat menikmati harga promosi yang lebih rendah iaitu RM399 sahaja.
- Kategori Pro – Nikmati Perlawanan E-Sukan Yang Selesa Tapi Berpatutan
Jika anda mempunyai bajet yang rendah tetapi masih ingin menikmati keistimewaan yang menarik, anda boleh memilih kategori Pro pada harga asal RM299 dan dapatkan harga promosi RM199 untuk pembelian awal. Menerusi kategori ini, anda dapat menikmati tempat duduk yang cukup memuaskan untuk menyaksikan perlawanan, malah makanan dan minuman percuma juga disediakan. Ini sekaligus membolehkan anda untuk mendapatkan baucar bernilai RM20, baju kemeja-T APAC Predator League 2025 edisi istimewa, dan juga kayu lampu Orb APAC Predator League 2025 edisi terhad.
- Kategori Elite – Harga Yang Lebih Mesra Poket
Seterusnya untuk kategori yang terakhir iaitu Elite, ia dijual pada harga asal RM199. Untuk pembelian awal, anda boleh mendapatkannya pada harga RM99 sahaja. Ini merupakan tawaran yang cukup baik kerana anda masih boleh merasai pengalaman menonton perlawanan e-sukan ini secara dekat pada harga yang cukup mesra poket. Anda juga bakal dapat baucar bernilai RM10 dan juga kayu lampu Orb APAC Predator League 2025 edisi terhad sama seperti pemegang tiket kategori yang lain.
Kesimpulan
Kesimpulannya, jika anda sudah lama ingin merasai pengalaman menonton Kejohanan Predator League Asia Tenggara secara dekat, ini merupakan tawaran yang berbaloi untuk anda dapatkan. Pelbagai kategori tiket ditawarkan untuk anda, bermula pada harga RM99 sahaja. Jadi, jika anda berminat untuk menyaksikan acara APAC Predator League 2025 kali ini, anda boleh mendapatkannya melalui pembelian awal bermula hari ini dan tawaran ini hanya terhad sehingga 31 Oktober ini sahaja!


