Penggunaan avatar pada aplikasi WhatsApp dilihat semakin menarik menerusi kemaskini baharu yang bakal tiba. Ia melibatkan penambahbaikan koleksi avatar yang kini diperluaskan kepada versi animasi pula. Ia menarik kerana bukan sahaja menggantikan penggunaan avatar, emoji dan pelekat biasa. Namun lebih kepada mewujudkan pengalaman komunikasi yang lebih interaktif secara dalam talian. Selain turut menjadikan kandungannya lebih unik dan dinamik berbanding biasa.

Ciri ini dilihat berfungsi seakan animasi avatar yang digunakan pada Instagram dan Facebook Messenger/Stories. Ia juga masih membenarkan pengguna menghasilkan watak peribadi tersendiri, seterusnya menjana pelekat khusus untuk digunakan dalam aplikasi pemesejan. Pun begitu, ia masih di peringkat pembangunan tanpa tarikh pelancaran yang diketahui buat masa ini.
- Info
- Sumber – Wabetainfo

