Anda Kelak Mungkin Boleh Menjana Gambar Profil Instagram Dengan AI

TechnologyDigital
12 Nov 2024 • 11:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gambar profil adalah penting untuk platform media sosial kerana ia merupakan sebahagian identiti kita sebagai pengguna untuk pengikut lain kenal dan mengesahkan siapakah pemilik akaun. Di platform Meta seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp ada banyak pilihan gambar profil seperti gambar sendiri, Avatar atau juga video (pada Facebook). Akan datang, pengguna mungkin boleh menjana gambar profil dengan AI pula.

image is not available

Ciri ini ditemui oleh pembangun bebas Alessandro Paluzzi, di mana di Instagram beliau menemui ciri Creatr An AI profile picture. Ia adalah pilihan tambahan selain dari terus menggunakan kamera atau pilih gambar dari peranti. Aneh sekali, imej tangkapan layar yang beliau kongsi tidak memaparkan pilihan Avatar. Jadi, berkemungkinan menjana gambar profil dengan AI ini adalah penggantinya? Buat masa ini masih tidak diketahui bila ciri ini akan diperkenalkan.

Sebelum ini, Paluzzi turut pernah menemui yang ciri lebih kurang sama turut akan diperkenalkan pada Facebook dan WhatsApp. Saya mungkin akan menggunakan ciri ini kerana lebih mudah menjana imej berbanding mencari gambar terbaik. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved