Anda Kini Boleh Beli Set Global HMD Pulse Plus Dan Pulse Pro Pada Harga Bermula RM679

TechnologyDigital
6 May 2024 • 4:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Human Mobile Devices atau HMD adalah pengeluar peranti yang bertanggungjawab ke atas jenama telefon pintar Nokia. Tetapi tahun ini mereka mengubah strategi dengan mula menjual telefon pintar berjenama HMD. Tiga peranti telah dilancarkan bulan lalu iaitu HMD Pulse Pro, Pulse Plus dan Pulse. Terbaru melalui laman Facebook rasmi HMD, dua peranti telah mula dijual di Malaysia.

image is not available

Peranti ini adalah Pulse Pro dan Pulse Plus. Pulse Pro hadir dengan dua pilihan sama ada 6/128 GB atau 8/256 GB. Sementara Pulse Plus hanya menawarkan model 4/128GB. Setiap peranti ini dijana dengan cip Unisoc T606, kamera utama 50MP dengan ciri AI Super Portrait + YUP Night Mode 2.0, bateri 5000mAh, skrin 6.65-inci HD+ 90Hz dan sistem audio OZO.

image is not available

Di Malaysia, HMD menjual Pulse Pro pada harga RM1019 untuk 6/128 GB dan RM1179 untuk 8/256 GB. Tetapi sempena pelancaran peranti ini boleh dibeli pada harga RM779 atau RM909. Untuk Pulse Plus ia dijual pada harga RM869 dan boleh dibeli pada harga RM639 untuk 4/128 GB. Jaminan peranti diberikan selama satu tahun untuk tukar ke unit baharu kerana HMD Malaysia tidak membaiki peranti ini walaupun ia direka untuk mudah dibaiki.

image is not available

image is not available

Walaupun pengumuman ini daripada Facebook rasmi, pautan Shopee yang dikongsi tidak memaparkan sebarang pengiktirafan Mall, Preferred atau Preferred+. Bukan itu sahaja, dalam semakan kami di SIRIM tiada satu pun peranti HMD baharu disenaraikan. Ini bermakna, HMD menjual peranti ini di Malaysia sepertimana Nubia dan RedMagic lakukan. Setiap tempahan akan dihantar terus dari China. Dengan kata lain, khidmat bantuan pelanggan yang anda akan terima mungkin tidak secukup baik berbanding peranti yang dijual di sini.