Anda Kini Boleh Menambah Lagu Pada Kemaskini Status WhatsApp

TechnologyDigital
20 Jan 2025 • 11:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp kini membenarkan pengguna menambah lagu pada foto atau video yang dimuat naik ke status. Sekali gus membolehkan mereka mencipta status yang lebih menarik lebih daripada sekadar gambar, video atau teks sahaja. Secara umum, ia juga berfungsi sama seperti kebolehan menambah lagu pada Instagram Stories.

image is not available

Anda hanya perlu membuka aplikasi dan ketik pada Status untuk mencipta status. Muat-naik foto atau video seperti biasa dan ketik pada ikon muzik di bahagian atas. Ia diletakkan bersebelahan dengan ikon memangkas imej. Carian lagu atau artis tertentu boleh dilakukan dengan mudah melalui katalog yang tersedia seperti di Instagram dan Facebook. Apabila lagu ditambah pada foto, ia akan dimainkan selama 15 saat. Bagi kemaskini berbentuk video pula, durasi lagu akan disesuaikan mengikut tempoh video tersebut.

image is not available

Dengan cara ini, mereka boleh memilih daripada pelbagai jenis lagu yang tersedia, serta menambah kesan dan penapis untuk menjadikan video serta foto pada status lebih menarik. Kemaskini diberikan secara berperingkat dengan sebahagian pengguna Android sudah mula menerimanya. Ia dijangka tersedia kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved