Anda Lahir Bulan Ogos? Jom Tebus Tiket Taman Tema Genting SkyWorlds Percuma Sepanjang Bulan Ini!

Travel
10 Aug 2022 • 1:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berita baik buat anda yang lahir pada bulan Ogos kerana pusat percutian terkenal negara iaitu Resort World Genting akan memberikan tiket percuma buat anda yang bertuah untuk berlibur di Taman Tema terbesar di Asia Tenggara, Genting Skyworlds.

Buat anda yang dilahirkan pada bulan kemerdekaan ini berpeluang untuk mendapat tiket percuma bagi tempoh lawatan sehari dan boleh dituntut di kaunter masuk.

Bawa ahli keluarga dan sahabat handai anda bagi menikmati keseronokan di taman tema yang menampilkan pelbagai tarikan seperti ‘roller-coaster’ dan permainan air, di dalam 9 dunia yang diinspirasikan daripada filem.

Tawaran hebat ini diadakan sehingga hujung bulan Ogos dan diberikan kepada 57 pelanggan terawal pada setiap hari.

image is not available

Sumber : Instagram  

 

image is not available

Sumber : Instagram  

Jangan lupa untuk bawa kad pengenalan bagi urusan pengambilan tiket percuma. Hanya untuk yang lahir pada bulan Ogos saja okay!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 4 minggu lalu

Tak Sabar Nak Makan 'Thai Food'? Kereta Api Dari Padang Besar Ke Hatyai Kini Dibuka!