Anda Lahir Bulan Ogos? Menara Berkembar Petronas Nak Bagi Tiket Percuma Ni!

16 Aug 2023 • 12:30 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Adakah anda lahir pada bulan Ogos iaitu Bulan Kemerdekaan Malaysia? Ini ada satu berita baik khas untuk anda!

Sempena ulang tahun ke-49 Petronas -- warga Malaysia yang lahir pada bulan Ogos berpeluang mendapatkan tiket percuma untuk melawat Menara Berkembar Petronas.

image is not available

Menurut status yang dimuat naik di laman Facebook Menara Berkembar Petronas -- tawaran itu terhad satu tiket sahaja bagi setiap individu, dengan syarat mereka perlu hadir ke kaunter informasi di menara berkenaan dan menunjukkan MyKad atau MyKid untuk menebus tiket.

Individu yang layak boleh menentukan cadangan tarikh dan masa lawatan kepada staf bertugas -- namun bergantung kepada kekosongan waktu yang dipilh dengan konsep "first come first served."

image is not available

Tiket itu membolehkan individu yang layak berkunjung ke Sky Bridge dan Observation Deck di menara berkenaan.

Tawaran istimewa itu hanya terhad hingga 31 Ogos ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved