Anda miliki syarikat dan ingin data pengoperasiannya selamat? Baca apa Synology tawarkan untuk 2023

Technology
28 Oct 2022 • 7:14 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Synology

Synology telah mengadakan acara tahunan untuk berkongsikan apa yang baharu dengan jenama itu. Untuk tahun 2023, Synology berusaha untuk membangunkan teknologi yang membantu perniagaan bertumbuh pesat, teguh mendepani dugaan, dan tangkas merungkaikan cabaran dalam dunia IT.

image is not available

Ia dicapai melalui kehebatan dan kefleksibelan seni bina awan hibrid serta ekosistem solusi yang berkembang luas tapi dalam pada masa yang sama, berintegrasi antara satu sama.

Kalau anda pemilik syarikat dan ingin mencari solusi penyimpanan data, artikel ini perlu anda baca sehingga habis.

Pengurusan Data

DSM adalah sistem operasi yang menjadi tunjang belakang kepada ekosistem NAS Synology. Bagi memperkukuh bahagian teras ini, mereka mengumumkan akan melancarkan DSM 7.2 seawal 2023 dengan pelbagai ciri baharu.

Penyulitan Jilid Sepenuhnya

Bagi menambah tahap keselamatan data lebih-lebih lagi merentasi ekosistem awan, DSM bakal menawarkan ciri full-volume encryption. Bukan saja ia berikan jaminan keselamatan, prestasi storan juga dipertingkat sebanyak 48% jika dibandingkan penyulitan berasaskan folder.

image is not available

Tulis Sekali, Baca Berkali

"Write once, read many" (WORM) adalah ciri yang membasmi sebarang tindakan untuk menyunting ataupun pemadaman data selepas ia diwujudkan. Mengikut undang-undang kerajaan A.S, rekod transaksi kewangan wajib disimpan dalam tempoh 6 tahun.

image is not available

Tambahan pula, WORM boleh memastikan integriti data sentiasa pada paras tertinggi serta terhindar daripada ransomware dan lain-lain ancaman siber.

Padam fail daripada komputer yang dicuri

Synology Drive kelak ada satu fungsi baharu iaitu yang membolehkannya mengarah komputer klien memadam fail-fail tertentu daripada jauh. Ciri ini berguna sekiranya berlaku kecurian komputer yang didalamnya terkandung maklumat sensitif.

image is not available

Perpindahan fail melalui SMB jadi lebih pantas

Perpindahan data jadi lebih pantas apabila DSM nanti akan menyokong ciri multisaluran. Dengannya, sistem NAS akan memanfaatkan semua sambungan yang ada antara pelayan dan klien untuk mengoptimumkan kalajuan perpindahan.

image is not available

Selain itu, ada juga fungsi mengunci fail merentasi protocol supaya fail tidak dipadam ataupun disunting sewaktu perpindahan.

image is not available

Storan generasi baharu dengan kebolehskalaan tinggi

Tahun 2023, Synology akan[TYK5]  melancarkan satu barisan produk pelayan data baharu. Mereka membandingkan dengan solusi sedia ada seperti HD6500. Solusi sedia ada boleh dirangkaikan sesama sendiri untuk menjadi satu storan seluas 5PB.

image is not available

Tapi, produk baharu yang bakal mereka lancarkan mampu beroperasi pada tahap melebihi 12PB dan kelajuan perpindahan nyata lebih pantas melangkaui 60GB/s serta mampu menampung 80 ribu sambungan serentak.

Perlindungan Data

Sistem pemantauan berpusat untuk pentadbir IT

Synology akan memperkenalkan satu sistem yang dipanggil Synology Backup Cloud. Ia adalah sistem berkuasa yang menggabungkan Active Backup sebagai solusi di premis dan C2 Backup sebagai solusi di awan.

image is not available

Ia memberikan pentadbir IT beroleh pandangan lebih jelas tentang kerja-kerja penyalinan data tidak kiralah di perkakasan yang mana. Objektifnya adalah untuk menyediakan lokasi semua dalam satu untuk kerja-kerja melakukan sandaran data.

image is not available

Sistem pengesanan automatik untuk pencerobohan dan salah guna data

Active Insight, salah satu perisian dalam DSM bertanggungjawab untuk membanteras pelanggaran peraturan data yang ditetapkan. Sistem yang bakal diperkenalkan ini akan memantau aktiviti seperti login, akses fail, dan perkongsian fail dengan cara membanding beza checksums fail yang dimuat naik ataupun dikongsi.

image is not available

Sekiranya sistem mengesan berlakunya pelanggaran peraturan, pentadbir sistem akan dimaklumkan ataupun dalam kes lebih ekstrim, sambungan yang dipercayai melakukan kesalahan akan diputuskan.

Melindungi maklumat log masuk pengguna

Synology C2 Identity adalah sistem pengawal selia maklumat identiti pengguna. Untuk tahun 2023, C2 Identity akan memperluas jenis identity yang boleh digunakan untuk log masuk. Mereka kini melihat pada kaedah tanpa kata laluan seperti integrasi dengan Windows Hello, Apple Face ID/Touch ID yang dikatakan lebih mudah.

image is not available

Solusi kamera keselamatan dan perkakasan perangkaian

Kamera keselamatan berkuasa AI

Akan dilancarkan dalam tahun 2023 nanti, kamera berasaskan IP siri Synology 500 membawakan banyak ciri menarik.

image is not available

Misalnya, ia punyai cukup kuasa pemproses untuk pengguna menetapkan parameter maya untuk mengesan penceroboh. Semuanya berlaku di dalam kamera supaya tidak membebankan hos.

image is not available

Menggunakan Surveillance Station, Synology menjanjikan proses menambah Synology 500 tambahan adalah yang termudah dalam industri. Tiada konfigurasi rumit diperlukan. Kamera-kamera ini memenuhi piawaian keselamatan A.S NDAA/TAA.

image is not available

Router dengan Wi-Fi 6 dan beberapa ciri canggih perangkaian

Synology juga melancarkan satu router Wi-Fi. WRX560 adalah router kelas pertengahan yang sesuai digunakan untuk kediaman ataupun perusahaan kecil. Router ini menyokong sistem mesh sekiranya pengguna sudah memiliki kelengkapan Synology yang menyokongnya.

image is not available

WRX560 boleh didapatkan anda bermula bulan November dalam pasaran A.S pada harga USD209 (RM987)

Dapatkan Synology untuk solusi semua dalam satu data anda

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang hala tuju Synology untuk tahun 2023, anda boleh tonton pembentangan mereka di laman rasmi Synology.

Synology ada ratusan produk NAS untuk dipilih. Sebagai permulaan, anda boleh telusuri panduan ringkas tentang NAS yang sesuai untuk jadi storan awan pertama anda. Kalau masih ragu-ragu, Synology ada sediakan satu laman khas untuk bantu anda membuat pilihan.

Synology NAS Selector akan tanyakan jenis pengguna, sama ada untuk rumah, pejabat kecil, ataupun perniagaan. Kemudian, ia turut bertanyakan jenis kegunaan NAS yang anda inginkan seperti menyimpan fail kerja, multimedia, menyalin data ataupun lakukan kerja pemvirtualan.

Jangan lepaskan peluang untuk sambar satu NAS Synology sewaktu promosi 11.11. Antara yang boleh anda usyar adalah model DS220, DS220+ dan DS1621+. Anda boleh berkunjung ke kedai dalam talian Synology di Lazada dan Shopee untuk maklumat lanjut.