Anda Mungkin Berdepan Denda RM10,000 Jika Buat Hantaran TikTok Menyentuh Sensitiviti Kaum, Agama

LocalPolitics
8 May 2025 • 12:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang lelaki dikenakan denda RM10,000 kerana memuat naik kandungan yang menyinggung perasaan berkenaan sentimen perkauman dan keagamaan berkaitan isu pekerja Menara Kuala Lumpur di TikTok pada 31 Mac lalu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa denda tersebut dikenakan kepada Mohamad Shafiq Abdul Halim selepas mendapat kelulusan tindakan kompaun daripada Jabatan Peguam Negara, lapor Malay Mail.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang melarang penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar, termasuk penyebaran kandungan yang lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau menyinggung.

image is not available

MCMC mengingatkan semua pengguna media sosial agar bertindak secara bertanggungjawab dan beretika semasa memuat naik atau berkongsi kandungan, sambil menegaskan bahawa penyebaran bahan yang menyinggung, terutamanya yang boleh mencetuskan sensitiviti berkaitan agama, kaum atau institusi diraja, akan dikenakan tindakan tegas.

Agensi itu juga menegaskan komitmennya untuk memastikan ruang siber negara kekal selamat, teratur dan harmoni, selaras dengan usaha memperkukuh perpaduan nasional dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

"I'm Just Ai, Bro.." - Permintaan Lelaki Minta Grok Kecam Wanita Diabaikan, Diri Sendiri Yang Kena Sindir