“Anda Nak Bukti? Saya Bagi Bukti” – ‘Rider’ Penghantar Makanan Beli Rumah RM1.4 Juta, Pernah Peroleh RM19K Sebulan

LocalBusiness & Finance
3 Jul 2025 • 1:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Meskipun gaya hidup mewah sukar dicapai oleh kebanyakan penduduk di Singapura, seorang penghantar makanan berjaya mencari jalan untuk menjana pendapatan secara konsisten, lapor AsiaOne hari ini.

Menurut Afiq Zayany, dia mampu meraih pendapatan sekitar SG$4,000 (RM13,300) hingga SG$6,000 (RM19,900) sebulan hasil bekerja sebagai penghantar makanan.

image is not available

Pendapatan itu membolehkan Afiq memiliki sebuah rumah dua tingkat di Johor Bahru yang dianggarkan bernilai SG$424,600 (RM1.4 juta).

“Anda mahukan bukti? Saya akan berikan anda bukti” kata Afiq menerusi video di saluran YouTube, Ringgit & Dollars.

Merujuk kepada tangkap layar pendapatannya melalui aplikasi Grab bagi minggu pertama bulan Jun, Afiq menjelaskan bahawa dia berjaya menjana kira-kira SG$200 (RM660) sehari di Singapura.

Lelaki itu turut memaklumkan bahawa dia menggunakan skuter Yamaha XMax untuk menjalankan tugas hariannya.

“Saya bekerja setiap hari. Jangan ambil cuti, melainkan perlu. Kenapa saya mahu mengambil cuti sehari sedangkan saya tidak membuat apa-apa pekerjaan lain?” jelasnya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hours ago

"Anak Ke-4 Patut Kena Bayar RM1,000" - Individu Anggap Caj Hospital Kerajaan Terlalu Murah Punca Asnaf Beranak Ramai

View Original Article