Anda Pasti Anda Mengeluarkan e-Invois dengan Cara yang Betul?

Business & Finance
26 Nov 2024 • 10:30 AM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Anda Pasti Anda Mengeluarkan e-Invois dengan Cara yang Betul?
Gambar: YYC

Berikut adalah cara yang betul untuk mengeluarkan e-invois:

Transformasi digital invois bukan lagi konsep masa hadapan. Kini sudah dilaksanakan! Kerajaan Malaysia telah memulakan pelaksanaan pengunaan e-invois secara berperingkat, mandatori untuk setiap perniagaan beralih kepada invois secara digital.

  • Fasa 1: Bermula pada 1 Ogos 2024, mensasarkan syarikat dengan hasil melebihi RM100 juta.
  • Fasa 2: Bermula pada 1 Januari 2025, mensasarkan perniagaan dengan hasil melebihi RM25 juta.

Image from: Anda Pasti Anda Mengeluarkan e-Invois dengan Cara yang Betul?

Perubahan ini mungkin agak sukar bagi perniagaan yang masih bergantung kepada kaedah invois tradisional. Adakah anda yakin proses invois yang anda gunakan kini adalah tepat dan mematuhi peraturan? Jika tidak, kegagalan untuk menukar ke e-invois boleh menyebabkan anda dikenakan penalti, kegagalan aliran kewangan dan terlepas peluang pertumbuhan perniagaan.

Jangan risau! Boss Boleh sedia membantu! Beralih ke e-invois dengan mudah menggunakan perisian e-invois Boss Boleh yang diyakini mematuhi penuhnya piawaian dan peraturan LHDN.

Hanya 3 langkah mudah untuk anda memulakan perjalanan e-invois anda dan memastikan perniagaan anda bersedia untuk masa hadapan di Malaysia:

Langkah 1: Uji Platform dan terokai

Luangkan masa untuk menguji dan membiasakan diri dengan platform MyInvois yang disediakan oleh LHDN sebelum e-invois dilaksanakan sepenuhnya. Langkah ini membolehkan anda untuk menyesuaikan diri dengan sistem lebih awal, mengenal pasti dan memahami ciri-ciri platform serta menyelesaikan sebarang isu yang mungkin timbul sebelum pelaksanaan penuh.

Pengalaman awal ini akan meningkatkan keyakinan anda dan memastikan anda bersedia sepenuhnya apabila e-invois diwajibkan.

Langkah 2: Pilih Sistem Perakaunan yang Betul

Memilih sistem perakaunan atau ERP yang mampu menyokong e-invois adalah langkah penting. Pastikan sistem yang dipilih mudah disepadukan dengan platform MyInvois dan sesuai dengan keperluan dan operasi perniagaan anda.

Sistem yang tepat akan memastikan proses invois berjalan dengan lancar, bermula dari menjana invois hingga menyerahkannya. Ia juga dapat mengurangkan kesilapan dan mengelakkan kerja berulang, menjadikan operasi lebih efisien.

Langkah 3: Latih dan Persiapkan Kakitangan Anda

Pemahaman yang mendalam tentang kebaikan e-invois adalah langkah utama. Contohnya, menghadiri webinar untuk mempelajari cara mengurangkan kesilapan dan meningkatkan pematuhan. Selain itu, latih kakitangan anda untuk Menjana e-invois mengikut standard yang ditetapkan dan mengendalikan dokumen kompleks seperti nota kredit dengan cekap.

Persediaan yang baik akan memastikan operasi harian berjalan lancar, mengurangkan kesilapan, dan mengelakkan kerugian yang tidak perlu.

Sudah Bersedia untuk Beralih?

Beralih ke e-invois tidaklah rumit. Dengan hanya 3 langkah mudah-meneroka platform, memilih sistem yang sesuai dan melatih kakitangan anda. Anda pasti berada di laluan yang tepat untuk memastikan peralihan e-invois anda berjaya.

Untuk membantu anda lebih lanjut, Boss Boleh menjemput anda untuk menyertai webinar atas talian percuma yang dianjurkan oleh pakar industri. Webinar ini akan memberikan panduan praktikal dan pengetahuan terkini untuk memudahkan peralihan anda ke e-invois.

Kenapa Anda Perlu Sertai Webinar Percuma e-Invois?

  • Ketahui cara memastikan pematuhan peraturan LHDN.
  • Dapatkan panduan langkah demi langkah untuk melaksanakan e-invois dengan mudah.
  • Pelajari untuk menyelaraskan proses invois dan mengurangkan kesilapan.

Bersama kita jadikan invois lebih cepat dan mudah! Daftar Sekarang!