
Walaupun masa kini internet menguasai dunia, masih ramai yang suka pergi ke kedai untuk memegang dan mencuba sendiri produk yang mereka mahu beli. Perkara ini menjadikan Apple Store rasmi milik Apple sendiri, sangat disukai ramai berbanding kedai pengedar sah Apple.
Realme, salah satu jenama peranti pintar yang pantas meningkat naik degnan aspirasi ‘Tiada Loncatan Tiada Pelancaran‘, mahu membawakan kedai konsep serba baharu mereka, dikenali sebagai Realme Brand Store 3.0. Membawakan semangat dan identiti jenama, kedai konsep ini akan menyapa pengunjung dengan konsep rekaan moden dan inovatif, di samping menyediakan pengalaman pengunjung yang dipertingkat.
Untuk peringkat awal, sebanyak empat lokasi Realme Brand Store 3.0 akan dibuka iaitu di:
- Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur
- Sunway Pyramid, Selangor
- Palm Mall, Negeri Seremban
- Ipoh Parade, Perak
Keempat-empat lokasi ini akan dibuka secara rasmi pada hari Sabtu ini, 29 Julai 2023. Sempena pembukaannya, Realme menyediakan banyak promosi dan ganjaran untuk pengunjung dan pembeli terawal.
Paling menarik, 11 pembeli terawal siri Realme 11 Pro akan menerima hadiah percuma bernilai RM799 iaitu pembersih udara Realme Air Purifier Pro. Selain itu, pembeli telefon pintar dan tablet di Realme Brand Store 3.0 berpeluang memenangi hadiah menerusi cabutan bertuah dengan hadiah bernilai RM20,000, seperti TV Realme 50-inci, laptop Realme Book, tablet Realme Pad mini dan banyak lagi.
Realme juga menyediakan hadiah percuma dan promosi seperti lanjutan jaminan serta perlindungan keretakan skrin, untuk pembelian mana-mana produk di Realme Brand Store 3.0 kelak. Realme juga akan mengadakan aktiviti bergambar yang menyediakan cenderahati eksklusif untuk pengunjung.
Semak senarai tawaran dan promosi yang ditawarkan di Realme Brand Store 3.0:
NO MODEL HARGA HADIAH PERCUMA 1 Realme C53 (6+128GB) RM 599 Realme Buds Classic + Jaminan Lanjutan 6-bulan 2 Realme C55 (8+256GB) RM 799 Realme Buds Classic + Pemegang Telefon Realmeow +
Jaminan Lanjutan 6-bulan3 Realme C55 (6+128GB) RM 699 Kotak Hadiah siri Realme 11 + patung Realme AMU +
Jaminan Lanjutan 6-bulan + 6-bulan Keretakan Skrin Screen Crack4 Realme 11 PRO+ (12+512GB) RM 1,999 Kotak Hadiah siri Realme 11 + patung Realme AMU +
Jaminan Lanjutan 6-bulan + 6-bulan Keretakan Skrin Screen Crack5 Realme 11 PRO (8+256GB) RM 1,499 Kotak Hadiah + Jaminan Lanjutan 6-bulan +
6-bulan Keretakan Skrin Screen Crack6 Realme 10 4G RM 999 Kotak Hadiah + Jaminan Lanjutan 6-bulan +
6-bulan Keretakan Skrin Screen Crack7 Realme 10 Pro (8+256GB) RM 1,299 Kotak Hadiah + Jaminan Lanjutan 6-bulan +
6-bulan Keretakan Skrin Screen Crack8 Realme 10 Pro+ (12+256GB) RM 1,799 Kotak Hadiah + Jaminan Lanjutan 6-bulan +
6-bulan Keretakan Skrin Screen Crack9 Realme GT 2 Pro (12+256GB) RM 2,999 Kotak Hadiah + Jaminan Lanjutan 6-bulan +
6-bulan Keretakan Skrin Screen Crack10 Realme GT Neo 3 (8+256GB) RM 2,099 Kotak Hadiah + Jaminan Lanjutan 6-bulan +
6-bulan Keretakan Skrin Screen Crack11 Realme PAD X (6+128GB) RM 1,699 Kotak Hadiah 12 Realme Pad LTE (6+128GB) RM 1,199 Kotak Hadiah 13 Realme PAD Mini LTE (4+64GB) RM 799 Kotak Hadiah
Bacaan Berkaitan
- Realme 11 Pro+ 5G: Kamera 200MP dengan storan terbesar di bawah RM2,000
- Realme 11 Pro 5G: Prestasi tinggi Dimensity 7050 dengan kamera 100MP ProLight
- Realme Buds Air 5 Pro, dwi-pemacu audio dengan ANC sehingga 50db
- Realme Watch 3 Pro, skrin AMOLED luas dengan penjejak GPS sehingga 20 jam
- Galeri City Exploration Project, pamer kekuatan kamera 200MP di Realme 11 Pro+ dengan kerjasama Lonely Planet


