Anda pernah lihat kereta berjalan ketam? Kereta ini boleh

Cars
11 Jan 2023 • 1:12 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Parkir sisi adalah mimpi ngeri kepada pelatih yang ingin dapatkan lesen memandu. Tapi ia mungkin tidak lagi apabila sistem e-Corner mula menular ke dalam kereta-kereta kita. Hyundai Mobis, pembangun sistem e-Corner, telah memperagakan perkembangan terbaharu mereka ke atas teknologi sistem motor di dalam tayar.

Dalam video demonstrasi, mereka mempertontonkan Ioniq 5 yang boleh melakukan pelbagai aksi luar biasa yang tidak boleh dilakukan kenderaan konvensional. Salah satunya adalah parkir secara mengiring dengan memulaskan tayar menjadi serenjang untuk membawa badan kenderaan masuk ke kotak parkir.

image is not available

Perkara ini dimungkinkan kerana setiap tayar dipacu oleh motornya yang tersendiri dan tidak bergantung kepada gandar sawat yang menyalurkan tenaga daripada motor yang biasanya terletak di bahagian tengah.

image is not available

Bukan setakat boleh melakukan pergerakan mengiring, malah setiap tayar boleh dikawal pusingannya untuk lebih banyak jenis pergerakan seperti pivot, u-turn dan pepenjuru.

image is not available

Walaupun sudah dipamerkan kepada khalayak ramai sejak 2018, pengkomersialan ciri ini dilihat masih jauh lagi garis masanya. Hyundai Mobis membayangkan seawal 2025, kita boleh melihat kenderaan diperkasa sistem e-Corner.

View Original Article