Anda Pilih Perdana Menteri Yang Salah - Anwar

Politics
18 Mar 2023 • 11:36 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar berucap di kongres khas PKR hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

SHAH ALAM - “Saya tidak akan gentar dengan ugutan sesetengah pihak yang mahu merampas kuasa atau menggulingkan saya daripada kerajaan Persekutuan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap di hadapan ribuan delegasi di kongres khas PKR hari ini, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, beliau tidak akan meneruskan amalan oleh pemimpin terdahulu yang melindungi golongan perasuah dan mengkayakan individu tertentu.

Walaupun dituduh melaksanakan pendakwaan terpilih, Anwar berikrar kerajaan pimpinannya akan terus melindungi rakyat dan menggempur individu terbabit rasuah.

“Anda mahu mengugut saya dengan (mengadakan) perhimpunan? Anda mahu mengugut saya kerana bertindak ke atas individu terbabit rasuah? Anda memilih Perdana Menteri yang salah!

“Saya tidak akan terpengaruh dengan semua ugutan itu. Jika kita ada kuasa, kita akan bertindak.

“Jika anda mahu lancarkan rampasan kuasa, silakan. Tapi ia tidak akan semudah itu.” - The Vibes, 18 Mac 2023

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL