Anda rasa Menteri akan naik bas percuma ke Parlimen?

20 Feb 2023 • 4:28 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan satu inisiatif baharu bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Kali ini, mereka menyediakan bas perantara percuma untuk ke bangunan Parlimen.

image is not available

Perkhidmatan ini akan dikawal selia oleh RapidKL dan mula beropasi pada 20 Februari hingga 6 April 2023. Tidaklah dapat dipastikan mengapakah perkhidmatan ini ditawarkan dalam waktu terhad.

image is not available

Sekiranya anda berminat dengan perkhidmatan ini, ia menghubungkan KL Sentral dengan Parlimen dan akan berhenti di Taman Botani Perdana. KL Sentral dan Taman Botani Perdana adalah dua lokasi terkenal tempat letak kereta dan semestinya memudahkan pengguna yang ada urusan di Parlimen kelak.

image is not available

Pihak pengendali juga berkongsikan jadual kekerapan bas perantara. Dalam waktu puncak, kekerapan servis adalah setiap 30 minit manakala bukan waktu puncak adalah 60 minit. Bas ini akan bergerak daripada KL Sentral seawal 7:00 pagi dan daripada Parlimen seawal 7:30 pagi dengan pelepasan terakhir masing-masing pada 7:30 malam dan 8:00 malam

Anda rasa Menteri akan naik bas percuma ke Parlimen?

[Sumber: MOT]